Saturday, November 16, 2024

10 Pekara AI - Kecerdasan Buatan Penjawat Awam Boleh CUBA ... Jom

 Bertugas di pentadbiran awam ni memang mencabar bagi yang nature kerja dalam teknikal atau operasi dalam masa sama kena plak untuk buat kerja admin. kena g lapangan untuk pantau kerja kerja anak buah, di pejabat kena pastikan kerja kerja pembangunan dilaksanakan oleh pembekal, kena buat coding, membuat perancangan pembangunan infrastruktuk dan sebagainya, Namun dalam masa yang sama kena hadir mesyuarat, balas mesyuarat, semak minit mesyuarat, jawab email la ... hadir bengkel ... huish sempat ke ni.


Skang dah ada teknologi AI, jom explore apa yang boleh kita mudah dan percepatkan kerja tanpa membebankan serta mengambil masa tugas-tugas lain dan family kita. Ok ini 10 pekara yang kita boleh cuba:

  1. Minit Mesyuarat

    Bertindak sebagai pencatat minit mesyuarat. Sediakan ringkasan  untuk transkrip mesyuarat ini: [Masukkan Teks]. Tekankan perkara tindakan, tarikh akhir, dan perkara utama. Gunakan senarai poin untuk memudahkan pemahaman. Selalunya kita ada rekod suara dalam meetingkan ... so kena ada la tools untuk convert ke transkrip ... Yang ni kita cita lain ... ek

  2. Membuat Balasan Emel Lebih Profesional
    Bantu saya menulis balasan emel profesional untuk ini: [Masukkan Teks Emel]. Pastikan balasan ringkas, sopan, dan bermaklumat. Nyatakan perkara tindakan dengan jelas.

  3. Jadual Tugasan Harian
    Saya ada tugasan harian ini: [Senarai Tugasan]. Cadangkan jadual yang dioptimumkan untuk menyelesaikannya dengan cekap. Beri keutamaan berdasarkan tarikh akhir dan usaha yang diperlukan.

  4. Brainstorm Idea / Mencari Idea Penyelesaian
    Bantu saya mencari idea untuk [Projek atau Topik]. Sediakan sekurang-kurangnya lima cadangan kreatif dan praktikal bagi menjimatkan masa.

  5. Sediakan Laporan Mingguan
    Cipta templat untuk laporan mingguan yang ringkas: [Kategori]. Gunakan dan kekalkan nada profesional dan ringkas untuk memudahkan kemas kini mingguan.

  6. Ringkasan Dokumen - untuk Kertas Kerja atau Surat Yang Perlu Tindakan
    Ringkaskan dokumen ini: [Masukkan Teks]. Huraikan poin paling penting, objektif, dan tindakan dalam kurang daripada 100 patah perkataan.

  7. Persediaan Mesyuarat
    Bantu saya bersedia untuk mesyuarat ini: [Masukkan Agenda]. Cadangkan soalan penting untuk ditanya, poin yang perlu dibincangkan, dan dokumen yang perlu disediakan.

  8. Tip Produktiviti Jarak Jauh
    Senaraikan beberapa tip mudah untuk meningkatkan produktiviti semasa bekerja dari jarak jauh. Fokus kepada alat menjimatkan masa dan amalan kerja yang berkesan.

  9. Kemaskini Projek
    Drafkan mesej ringkas untuk kemaskini projek kepada pasukan tentang topik ini: [Masukkan Topik]. Sertakan maklumat terkini dan langkah seterusnya.

  10. Penambahbaikan Senarai Semak
    Semak senarai semak ini: [Masukkan Senarai Semak]. Cadangkan cara untuk menstreamline atau mengautomasi mana-mana langkah untuk menjimatkan masa.

Sebenarnya walaupun penjawat awam ada pembantu pintar seperti GEMINI dan ChatGPT ialah mereka ini lebih kepada rakan pejabat maya  yang boleh membantu menyelesaikan kerja rutin dengan lebih cepat dan efisien. Tapi kita kena ingat jugak, ia hanya alat — keputusan dan kebijaksanaan tetap memerlukan manusia.


                    Manusia Sebagai Khalifah di Bumi
Dalam ayat ini Allah SWT berfirman:
"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi."
(Surah Al-Baqarah, 2:30) 
 
Ayat ini menegaskan bahawa manusia diberi tanggungjawab sebagai khalifah, iaitu pemimpin yang membuat keputusan dan menguruskan bumi dengan kebijaksanaan.


Manusia Diberikan Akal untuk Berfikir
"Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami, atau telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar?"
(Surah Al-Hajj, 22:46) 
 
Ayat ini menunjukkan bahawa manusia dianugerahi akal dan pemahaman untuk membuat pertimbangan yang baik, sesuatu yang tidak dimiliki oleh makhluk lain termasuk teknologi.

Dengan teknologi ini, penjawat awam seperti Encik Razak bukan sahaja boleh kurangkan tekanan kerja tetapi juga tingkatkan kualiti perkhidmatan kepada rakyat. 🌟

No comments:

Post a Comment