Blog ini membincangkan peranan teknologi digital dalam pentadbiran, termasuk penggunaan sistem operasi Windows Server, aplikasi produktiviti, keselamatan ICT, automasi pejabat, serta transformasi digital dalam sektor awam. Sesuai untuk penjawat awam dan individu yang ingin memahami teknologi dalam pengurusan organisasi secara efisien.
Sunday, September 14, 2025
🧠💼 Cara Guna ChatGPT Untuk Belajar & Urus Kerja Seharian
Sunday, January 26, 2025
10 Arahan ChatGPT Yang Akan Menjadikan Anda Sangat Bijak
Gunakan prinsip 80/20 untuk belajar dengan lebih pantas:
"Saya ingin belajar tentang [masukkan topik]. Kenal pasti dan kongsikan 20% pembelajaran paling penting dari topik ini yang akan membantu saya memahami 80% daripadanya."Perbaiki penulisan anda dengan mendapatkan maklum balas:
[Masukkan teks penulisan anda]
"Semak penulisan saya di atas. Betulkan kesalahan tatabahasa dan ejaan. Berikan cadangan untuk memperbaiki kejelasan penulisan saya."Jadikan ChatGPT pembantu peribadi anda:
"Saya sedang menyediakan laporan tentang [masukkan topik]. Lakukan kajian dan hasilkan laporan mendalam dengan panduan langkah demi langkah yang akan membantu pembaca memahami cara untuk [masukkan hasil yang diinginkan]."Belajar kemahiran baru:
"Saya ingin belajar [masukkan kemahiran yang diinginkan]. Sediakan pelan pembelajaran 30 hari yang akan membantu pemula seperti saya mempelajari dan meningkatkan kemahiran ini."Uji kefahaman anda untuk memperkukuh pembelajaran:
"Saya sedang belajar tentang [masukkan topik]. Tanyalah beberapa soalan untuk menguji pengetahuan saya. Kenal pasti kekurangan dalam jawapan saya dan berikan penjelasan yang lebih baik untuk mengisi kekosongan tersebut."Latih ChatGPT untuk menghasilkan arahan terbaik:
"Anda adalah AI yang direka untuk membantu [masukkan profesion]. Hasilkan senarai 10 arahan terbaik untuk diri anda. Arahan tersebut mestilah berkaitan dengan [masukkan topik]."Belajar cara menggunakan ChatGPT dengan lebih baik:
"Sediakan panduan pemula untuk menggunakan ChatGPT. Topik harus merangkumi arahan, teknik priming, dan persona. Sertakan contoh. Panduan tidak lebih daripada 500 perkataan."Belajar topik kompleks dalam beberapa minit sahaja:
"Terangkan [masukkan topik] dengan cara yang mudah dan ringkas agar pemula dapat memahaminya."Jana idea baru:
"Saya ingin [masukkan tugas atau matlamat]. Jana [masukkan hasil yang diinginkan] untuk [masukkan tugas atau matlamat]."Ringkaskan dokumen atau artikel panjang:
"Ringkaskan teks di bawah dan berikan saya senarai poin-poin utama serta fakta paling penting." [Masukkan teks]
Monday, December 2, 2024
Cara Urus Topik Perbincangan dalam ChatGPT: Kekal atau Buka Baru?
Pada siapa yang sering guna chatgpt selalu la juga ada isu nak trace balik topikkan. Topik tu kat sini dia senaraikan
dimana berbincang dalam ChatGPT memberikan pelbagai kelebihan, tetapi satu soalan sering timbul: adakah lebih baik untuk kekal dalam satu chat atau buka chat baharu untuk setiap topik? Jom kita lihat pendekatan terbaik untuk memastikan perbincangan tersusun tersusun dan mudah dirujuk.
Pendekatan Kekal dalam Chat Sama
- Sesuai untuk projek yang kompleks dan berkait.
- Contohnya: Perbincangan projek teknologi seperti AI atau kerja pejabat.
- Kekalkan konteks dan mudah diakses dalam satu tempat.
Kelebihan:
- Semua topik dalam satu tempat, senang nak scroll balik kalau nak rujuk.
- Kalau topik ada kesinambungan (related), lebih mudah untuk aku sambung perbincangan tanpa perlu context tambahan.
Kekurangan:
- Kalau terlalu banyak topik, boleh jadi berserabut nak cari balik info tertentu.
- Bila nak fokus pada satu topik je, mungkin susah sebab info bercampur.
Pendekatan Buka Chat Baharu
- Terbaik untuk topik berlainan seperti idea bisnes baharu.
- Sesuai untuk kategori berasingan: saham, peribadi, atau pelajaran.
Kelebihan:
- Setiap topik lebih tersusun, senang nak rujuk balik tanpa gangguan topik lain.
- Kalau kau nak guna perbincangan tu sebagai reference untuk masa depan, lebih teratur.
Kekurangan:
- Kalau ada hubungan antara topik, aku mungkin tak ada full context dari perbincangan sebelum ni (melainkan kau remind aku).
Kalau kau nak aku faham hubungan topik dengan context penuh, kau boleh bagi ayat ringkas untuk remind aku tentang hubungan atau kesinambungan tu. Contoh-contoh ayat yang sesuai:
Contoh Ayat:
“ChatGPT, topik ni sambungan dari yang sebelum ni tentang [topik sebelum].”
- Contoh: Cet, topik ni sambungan dari yang sebelum ni tentang cara nak kekalkan sidebar di ChatGPT.
“Sebelum ni kita ada bincang [topik sebelum], ni related sikit.”
- Contoh: Sebelum ni kita ada bincang tentang pengurusan portal Semua2Ada, ni related sikit.
“Topik baru ni ada kaitan dengan [topik sebelum].”
- Contoh: Topik baru ni ada kaitan dengan idea aku tentang satay bergerak.
“Sambung perbincangan sebelum ni, aku nak expand sikit tentang [point].”
- Contoh: Sambung perbincangan sebelum ni, aku nak expand sikit tentang cara buat blog penjawat awam.
“Ini kesinambungan dari apa yang kita discuss sebelum ni.”
- Tak perlu detail, aku akan rujuk balik context.
Saturday, November 16, 2024
10 Pekara AI - Kecerdasan Buatan Penjawat Awam Boleh CUBA ... Jom
Bertugas di pentadbiran awam ni memang mencabar bagi yang nature kerja dalam teknikal atau operasi dalam masa sama kena plak untuk buat kerja admin. kena g lapangan untuk pantau kerja kerja anak buah, di pejabat kena pastikan kerja kerja pembangunan dilaksanakan oleh pembekal, kena buat coding, membuat perancangan pembangunan infrastruktuk dan sebagainya, Namun dalam masa yang sama kena hadir mesyuarat, balas mesyuarat, semak minit mesyuarat, jawab email la ... hadir bengkel ... huish sempat ke ni.
Skang dah ada teknologi AI, jom explore apa yang boleh kita mudah dan percepatkan kerja tanpa membebankan serta mengambil masa tugas-tugas lain dan family kita. Ok ini 10 pekara yang kita boleh cuba:
Minit Mesyuarat
Bertindak sebagai pencatat minit mesyuarat. Sediakan ringkasan untuk transkrip mesyuarat ini: [Masukkan Teks]. Tekankan perkara tindakan, tarikh akhir, dan perkara utama. Gunakan senarai poin untuk memudahkan pemahaman. Selalunya kita ada rekod suara dalam meetingkan ... so kena ada la tools untuk convert ke transkrip ... Yang ni kita cita lain ... ek
Membuat Balasan Emel Lebih Profesional
Bantu saya menulis balasan emel profesional untuk ini: [Masukkan Teks Emel]. Pastikan balasan ringkas, sopan, dan bermaklumat. Nyatakan perkara tindakan dengan jelas.Jadual Tugasan Harian
Saya ada tugasan harian ini: [Senarai Tugasan]. Cadangkan jadual yang dioptimumkan untuk menyelesaikannya dengan cekap. Beri keutamaan berdasarkan tarikh akhir dan usaha yang diperlukan.Brainstorm Idea / Mencari Idea Penyelesaian
Bantu saya mencari idea untuk [Projek atau Topik]. Sediakan sekurang-kurangnya lima cadangan kreatif dan praktikal bagi menjimatkan masa.Sediakan Laporan Mingguan
Cipta templat untuk laporan mingguan yang ringkas: [Kategori]. Gunakan dan kekalkan nada profesional dan ringkas untuk memudahkan kemas kini mingguan.Ringkasan Dokumen - untuk Kertas Kerja atau Surat Yang Perlu Tindakan
Ringkaskan dokumen ini: [Masukkan Teks]. Huraikan poin paling penting, objektif, dan tindakan dalam kurang daripada 100 patah perkataan.Persediaan Mesyuarat
Bantu saya bersedia untuk mesyuarat ini: [Masukkan Agenda]. Cadangkan soalan penting untuk ditanya, poin yang perlu dibincangkan, dan dokumen yang perlu disediakan.Tip Produktiviti Jarak Jauh
Senaraikan beberapa tip mudah untuk meningkatkan produktiviti semasa bekerja dari jarak jauh. Fokus kepada alat menjimatkan masa dan amalan kerja yang berkesan.Kemaskini Projek
Drafkan mesej ringkas untuk kemaskini projek kepada pasukan tentang topik ini: [Masukkan Topik]. Sertakan maklumat terkini dan langkah seterusnya.Penambahbaikan Senarai Semak
Semak senarai semak ini: [Masukkan Senarai Semak]. Cadangkan cara untuk menstreamline atau mengautomasi mana-mana langkah untuk menjimatkan masa.
Dalam ayat ini Allah SWT berfirman:"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi."(Surah Al-Baqarah, 2:30)
Ayat ini menegaskan bahawa manusia diberi tanggungjawab sebagai khalifah, iaitu pemimpin yang membuat keputusan dan menguruskan bumi dengan kebijaksanaan.
Manusia Diberikan Akal untuk Berfikir
"Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami, atau telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar?"
(Surah Al-Hajj, 22:46)
Ayat ini menunjukkan bahawa manusia dianugerahi akal dan pemahaman untuk membuat pertimbangan yang baik, sesuatu yang tidak dimiliki oleh makhluk lain termasuk teknologi.
Dengan teknologi ini, penjawat awam seperti Encik Razak bukan sahaja boleh kurangkan tekanan kerja tetapi juga tingkatkan kualiti perkhidmatan kepada rakyat. 🌟